Jumat, 26 Maret 2010

Ekonomi dalam Islam

Ekonomi dalam Islam

1 Pengertian Ekonomi Menurut Islam

Dalam realiti kehidupan, manusia berusaha mengerahkan daya, tenaga dan juga fikirannya untuk memenuhi berbagai bagai keperluan hidupnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pengerahan tenaga dan fikiran ini penting bagi menyempurnakan kehidupannya sebagai individu dan sebagai seorang anggota kepada sebuah masyarakat. Segala kegiatan yang bersangkutan dengan usaha usaha yang bertujuan untuk memenuhi keperluan keperluan ini dinamakan ekonomi. Daripada pengertian ini dapat difahami bahawa ekonomi ialah setup satu yang memberi khidmat kepada kehidupan manusia. Lantaran itu kekayaan pertanian, kekayaan basil penternakan, kekayaan daripada basil galian dan kekayaan daripada basil perusahaan dan perindustrian adalah aspek aspek ekonomi yang penting bagi manusia.

Dalam pengertian masa kini ekonomi ialah satu pengkajian berkenaan dengan kelakuan manusia dalam menggunakan sumber sumber untuk memenuhi keperluan mereka. Dalam pengertian Islam pula, ekonomi alah satu sains sosial yang mengkaji masalah masalah ekonomi manusia yang didasarkan kepada asas asas dan nilai nilai Islam. Ekonomi Islam adalah sebahagian daripada asas kepada masyarakat dan negara Islam dan ia tidak boleh dipisahkan daripada keduanya, yang padanyalah terhubung jalin sistem sosial Islam. Berdasarkan kepada asas asas dan nilai nilai inilah maka pengertian dan kegiatan ekonomi Islam berbeza dengan pengertian dan perlaksanaan ekonomi sekular.
2. Asas asas Sistem Ekonomi Islam Asas asas sistem ekonomi Islam terbit daripada firman Allah:

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (keni'matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berbuat kerusakan." (Al Qasas: 77) Daripada ayat di atas terdapat beberapa asas asas ekonomi Islam, di antaranya
A Allah Pemilik Segala Sesuatu

Allah memberi kekayaan kepada manusia dan Dia adalah Pemilik sebenar kepada segala sesuatu. Firman Allah yang mafhumnya: "Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan ni'mat Nya untukmu zahir dan batin." (Luqman: 20) "Kepunyaan Nya semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah." (Ta Ha: 6)
B Kekayaan Dunia adalah untuk Mencari Kehidupan Akhirat

Manusia mestilah menggunakan kekayaan yang diperolehinya di dunia ini untuk mendapatkan kehidupun yang baik dan sejahtera di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
"Ahli peniaga yang jujur lagi amanah adalah bersama sama para nabi, para siddiqin dan para syuhada' " (Bukhari) C Bahagan di Dunia tidak boleh Diabaikan dalam Mendapatkan Akhirat

Manusia tidak boleh mengabaikan bahagiannya di dunia ini. Manusia hendaklah bekerja sekuat kuatnya untuk mendapatkan kebaikan di dunia ini dengan cara cara yang paling 'adil dan dibenarkan oleh undang undang.
Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui Batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu beriman kepada Nya." (A1 Ma'idah: 87-88) "Katakanlah : "Siapakah yang mengharamkan perhiasan danpada Allah yang telah dikeluarkan Nya untuk hamba hamba Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik ?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) pada hari qiyamah. Demikianiah Kami menjelaskan ayat ayat itu bagi orang orang yang mengetahui." (Al A'raf: 32)
D Tetap Berlaku 'Adil kepada Sesama Manusia.

Manusia mestilah berlaku baik terhadap sesames manusia. Hendaklah mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan membantu orang orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan. Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku 'adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada agar kamu dapat mengambil pelajaran.'' (Al Nahl: 90)
"Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir miskin dan orang orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang orang yang mencari keredaan Allah, dan mereka itulah orang orang yang beruntung. " (Al Rum: 38) E Tidak Boleh Melakukan Sebarang Kerosakan

Manusia tidak dibenarkan untuk melakukan kerosakan di maka bumi. Ia mesti mengelakkan dirinya daripada melakukan perbuatanperbuatan dosa yang termasuk di dalamnya kegiatan kegiatan mencari kekayaan yang tidak 'adil, membazirkan sumber sumber dan hasil hasil kekayaan serta melakukan penipuan dalam perniagaan.
Firman Allah yang mafhumnya:

"Makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan janganIah kamu mengikuti langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (A1 An'am: 142) "Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berlebih lebihan." (Al-A'raf: 31)

"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (Al Baqarah: 188)
3. Prinsip prinsip Utama Ekonomi Islam

Dalam sistem ekonomi Islam terdapat beberapa prinsip, yang antaranya:
A Hak Milik Peribadi

Islam memperakui pemilikan hak perseorangan dan menempatkan hak ini ditempat yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Malah Islam menetapkan bahawa harta dan milik peribadi adalah di antara lima perkara daruri yang wajib dilindungi oleh syari'atnya.
Fitrah ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Telah dihiasikan bagi manusia itu mencintai hawa nafsu terhadap wanita, anak pinak, kekayaan yang melimpah ruah daripada emas dan perak, kuda yang tangkas, binatang binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan kehidupan dunia." (Ali-Imran: l4)

Islam melihat bahawa manusia adalah makhluk yang memiliki dorongan dorongan dan ingin memiliki dan menyukai harta benda. Dorongan dorongan yang bersifat fitri ini jugalah yang menggerakkan manusia melakukan usaha pembangunan dan bersungguh sungguh untuk berjaya.

Namun demikian perakuan Islam terhadap hak milik peribadi tidaklah bererti is membiarkan manusia bebas tanpa sebarang ikatan dan peraturan. Untuk meletakkan perakuan terhadap hak milik peribadi di atas jalan yang sentiasa seiring dengan fitrah manusia yang balk dan bukan pula mengikut hawa nafsu yang buruk maka syari'at Islam menetapkan peraturan peraturan yang kukuh dan berkesan.
B Kebebasan Mencari Sumber Pendapatan

Islam memberikan kepada setiap orang hak dan kebebasan dalam menentukan corak kehidupannya. la bebas memilih kerja kerja yang ia minati asalkan tidak bertentangan dengan syari'at Islam. Dengan adanya berbagai bagai minat di dalam menentukan pekerjaan dan somber pendapatan masing masing maka timbullah kepelbagaian di dalam basil negara dan keperluan masyarakat.

Dalam Islam, pekerjaan mempunyai taraf kemuliaan yang besar yang tidak ada bandingannya dalam semua agama dan kebudayaan yang lain. Kebebasan mencari sumber pendapatan dalam Islam berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah" (A1-Jum'ah: 10)

"Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki Nya, dan kepadanya kamu (kembali setelah) dibangkitkan" (Al-Mulk: 15)
C Ke'adilan Sosial

Kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ruang lingkup Islam yang syumul. Oleh itu, apa sahaja yang hendak ditegakkan oleh Islam maka itu jugalah yang ditegakkan oleh mana mana bahagian daripadanya. Islam bertujuan untuk menegakkan ke'adilan, oleh itu salah satu asas utama sistem ekonomi Islam juga ialah untuk menegakkan keadilan.

Ke'adilan sosial yang hendak ditegakkan oleh sistem ekonomi Islam bersih daripada sebarang slogan kosong dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Ini adalah kerana ke'adilan dalam Islam mempunyai asasnya yang tersendiri, iaitu di atas dasar taqwa dan ma'ruf.
D Hak Pewarisan

Di antara prinsip yang ditetapkan oleh Islam dalam memperolehi hak milik ialah melalui hak pewarisan. Hak pewarisan berdasarkan kepada fitrah manusia, keadilan dan penghormatan terhadap kehendak dan cita cita pemilik. Setiap orang yang memiliki harta berhajat untuk menjamin hidup ahli keluarganya dan berusaha agar harta yang ada padanya tidak habis. Maka kerana itulah hak pewarisan ini adalah satu prinsip yang tinggi nilainya dalam sistem ekonomi Islam.

Malah Islam memandang bahawa hak pewarisan adalah salah satu alat yang utama bagi mencapai ke'adilan sosial di dalam masyarakat. Di atas dasar inilah undang undang pewarisan Islam menjadi sesuatu undangundang yang unik dan tidak terdapat di dalam sistem sistem yang lain.
4. Ciri Ciri Utama Sistem Ekonomi Islam. A Sistem Ekonomi Islam sebagai Baha daripada Sistem Islam yang Syumul

Salah satu ciri yang menonjol dalam sistem ekonomi Islam ialah kegiatan ekonomi mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem Islam yang syumul sama ada daripada segi 'aqidah mahupun syari'atnya. Sistem ekonomi Islam tidak boleh dipisahkan daripada dasar dasar 'aqidah dan nilai nilai syari'at Islam.

Di segi 'aqidah, sistem ekonomi Islam dilandaskan kepada hakikat bahawa Allah adalah Pencipta dan Pemilik 'alam semesta seperti firman firman Allah yang mafhumnya:

"Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan ni'mat Nya untukmu zahir dan batin." (Luqman: 20)

"Kepunyaan Nya semua yang ada di iangit, semua yang yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah." (Ta Ha: 6)

Sementara di segi syari'at pula is menghubungkan sudut sudut mu'amalah sesama manusia.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang orang kaya di kalangan kamu." (Al-Hasyr: 7)

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Semua muslim atas muslim yang lain haram kehormatannya, hartanya dan darahnya." (Tarmi dhi)
B Mewujudkan Keseimbangan di Antara Kepentingan Individu dengan Kepentingan Masyarakat

Satu lagi ciri sistem ekonomi Islam yang membezakannya dengan sistem sistem yang lain ialah ia mewujudkan keseimbangan di antara kepentingan individu dan kepentingan masyarakat. Dalam sistem ekonomi Islam kepentingan individu dan kepentingan masyarakat adalah sehaluan dan selari, bukannya bertentangan di antara satu sama lain sebagaimana yang dirumuskan oleh sistem sistem lain.

Untuk mewujudkan keseimbangan ini, sistem ekonomi Islam memberi kebebasan bagi anggota masyarakat untuk terlibat dengan berbagai bagai jenis kegiatan ekonomi yang halal di samping menyelaraskan beberapa bidang kegiatan tersebut menerusi kekuasan undang undang dan pemerintahan.
5. Tujuan Ekonomi Menurut Islam A Menunaikan Sebahagian' daripada Tuntutan 'Ibadah

Mengambil kira asas asas dan ruang lingkup ciri cirinya, nyatalah tujuan ekonomi Islam adalah bersifat 'ibadah dan melaksanakannya bererti, melaksanakan sebahagian daripada tuntutan 'ibadah yang menyeluruh.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Sesungguhnya tidak kamu keluarkan satu nafkah pun yang kamu cari di jalan Allah, melainkan kamu diberi pahala kerananya, sekalipun nafkah yang kamu berikan untuk isterimu. " (Bukhari, Muslim)

Roh di sebalik semua kegiatan ekonomi Islam ialah ta'awun atau kerjasama. Oleh itu sesiapa yang membantu saudara saudaranya dan masyarakatnya semata mata untuk mendapatkan keredaan Allah, maka itu merupakan satu 'ibadah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:.

"Seorang musLim adalah saudara seorang muslim yang lain. Tidak boleh is menganiayanya dan menghinanya. Barangsiapa memenuhi hajat saudaranya, Allah sentiasa menolong hajatnya. Dan barangsiapa membukakan satu kesusahan daripada seseorang muslim, Allah akan membukakan daripadanya satu daripada kesusahan kesusahan kelak pada hari akhirat." (Bukhari, Muslim)
B Menegakkan Ke'adilan Sosial dan Ekonomi dalam Masyarakat

Kegiatan ekonomi yang berteraskan kepada kesaksamaan serta menghapuskan penindasan dan penipuan adalah merupakan satu sistem yang benar benar dapat menegakkan ke'adilan social dan ekonomi di dalam masyarakat. Di atas dasar inilah Islam membenarkan jual beli dan mengharamkan riba dan sebarang jenis penipuan.

Sebarang sistem ekonomi yang tegak di atas dasar penindasan akan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat kerana wujudnya amalan yang mementingkan diri sendiri seperti monopoli perniagaan, manipulasi pasaran dan eksploitasi buruh yang akhirnya menimbulkan ketegangan bukan sahaja di antara individu dengan individu, malah di antara satu negara dengan negara.

Sebaliknya sistem ekonomi yang berteraskan kepada kerjasama dan kesaksamaan akan mewujudkan rasa kasih sayang, sifat tanggungjawab dan tolong menolong di antara satu sama lain. Kesan daripadanya bukan sahaja individu individu dapat menganjurkan pembangunan dirinya, malah negara negara dapat sating bantu membantu dalam memenuhi kemaslahatan seluruh umat manusia.
C Menghapuskan Kemiskinan dan Keadaan Guna Tenaga Penuh serta Kadar Perkembangan Ekonomi yang Optimum.

Di dalam Islam kegiatan ekonomi adalah satu 'ibadah dan ia merupakan amanah Allah kepada orang orang yang beriman. Kegiatan ekonomi mempunyai kesan terhadap kerohanian dan keimanan kaum muslimin. Melaluinya tuntutan tuntutan 'ibadah yang lain dapat diperkembangkan, dan perlaksanaan kegiatan ekonomi sendiri adalah natijah daripada tuntutan 'ibadah 'ibadah yang lain.

Dalam pengertian ekonomi sebagai satu amanah Allah ke atas kaum muslimin, maka di antara tujuan ekonomi di dalam Islam ialah, pertama; untuk menghapuskan ataupun mengatasi masalah kemiskinan, kedua; mewujudkan peluang pekerjaan yang penuh, dan ketiganya; mengekalkan kadar pertumbuhan yang optimum dan sesuai menurut perkembangan kebendaan dan kerohanian masyarakat.

Menurut Islam kemiskinan adalah musuh kaum muslimin kerana is boleh membawa kepada kekufuran. Kegiatan ekonomi dan asas asas hidup sosial Islam menggariskan langkah langkah untuk mengatasi kemiskinan serta mencari jalan untuk mengelakkan pengangguran kerana kemiskinan dan pengangguran adalah di antara jalan jalan yang membawa kepada terabainya fardu 'ain seseorang anggota masyarakat.
D Mewujudkan Kestabilan Barangan Sejajar dengan Nilai Matawang

Sistem ekonomi mewujudkan kestabilan pasaran melalui sikap setup anggota masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri serta sentiasa bersedia membantu dan berkorban demi kepentingan anggota anggota masyarakat yang lain.

Islam tidak menolak kemungkinan harga sesuatu barangan di pasaran meningkat atau dinaikkan kerana kekurangan sumber sumber bahan ataupun kerana disebabkan bertambahnya permintaan. Tetapi berkurangnya sumber sumber bahan mestilah disebabkan oleh perkara perkara yang betul, sementara dasar kenaikan harga yang disebabkan oleh permintaan hendaklah di atas dasar yang ma'ruf dan munasabah, tidak bersifat, mengongkong dan menyempitkan kehidupan masyarakat.

Perlaksanaan sistem ekonomi Islam yang merupakan kesatuan terhadap asas asas sosio ekonomi dan politik ini bertujuan untuk mengimbangkan nilai matawang dengan pulangan barangan dan perkhidmatan yang didapati oleh anggota masyarakat, malah di antara negara negara di dunia.
E Mengekalkan Keamanan dan Kepatuhan Terhadap Undang undang

Rasa tidak puas hati manusia hidup di dalam sesebuah masyarakat lantaran pengagihan ekonomi yang tidak seimbangan dan aktiviti aktiviti yang diarahkan hanya untuk menguntungkan pihak pihak tertentu akan membawa berbagai bagai gejala yang bahaya kepada manusia.

Walaupun Islam menolak ekonomi sebagai asas utama pemikiran dan pembentukan sesebuah masyarakat, namun dalam masa yang sama Islam menekankan bahawa perjalanan masyarakat untuk mencari keamanan dan kepatuhan kepada undang undang dapat dicapai melalui beberapa kegiatan ekonomi.

Asas asas ekonomi Islam bersandarkan kepada tuntutan tuntutan iman dan akhlak serta sedikit kuatkuasa undang undang. Namun dalam pengertian sistem akhlak Islam yang sebenar, tuntutan tuntutan akhlak ini tidak dapat dilaksanakan secara teguh tanpa bernaung di bawah satu sisten yang mempunyai kewibawaan untuk menegakkan undang undang. Di sekitar kesyumulan sistem sistem Islam inilah, tercapainya tujuan ekonomi dalam mewujudkan kepatuhan orang ramai terhadap undang undang serta mengekalkan keamanan.
F Mewujud Keharmonian Hubungan Antarabangsa dan Memastikan Kekuatan Pertahanan Negara

Ekonomi moden tidak terpisah daripada permasalahan geo politik atau politik dunia. Dalam percaturan politik antarabangsa semasa, ekonomi merupakan senjata yang terpenting dalam mewujudkan kekuatan pengaruh dan kedudukan sesebuah negara. Ini dilaksanakan melalui memperkuatkan sistem pertahanan dan persenjataan masing masing.

Menurut Islam keharmonian hubungan antarabangsa wujud di atas dasar kerjasama sosial dan ekonomi dan bukan di atas penindasan terhadap keduanya sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Sebab itulah Islam juga tidak hanya menganggap bahawa pertahanan negara hanya bergantung kepada semangat keimanan atau bilangan tenaga tentera yang ramai, tetapi kekuatan pertahanan juga bergantung kepada kekuatan ekonomi, sama ada daripada sudut produktiviti yang banyak ataupun pandangan musuh musuh yang sentiasa gerun terhadap negara Islam sendiri.

Atas dasar ini Allah memerintahkan kaum muslimin agar bersiap sedia dengan apa sahaja kekuatan yang dapat menimbulkan rasa takut musuh terhadap mereka.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi daripada kuda kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya." (Al-Anfal: 60)
http://alhikmahdua.com/index.php

Tidak ada komentar:

Posting Komentar